Monday, April 28, 2008

RIBENA ada kandungan ARAK



LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak. Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas pengguna mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada! kadar yang rendah.

Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya ,selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.

Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label. "Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya," katanya. Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.

Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. "Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami," katanya. Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga deng! an lima perasa yang disediakan untuk Ribena.. - Agensi

Wednesday, April 23, 2008

Tuesday, April 22, 2008

TERKINI !! ROTI IKHWAN BUATAN MALAYSIA















Saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya kepada umat Islam agar menyokong ROTI IKHWAN yang baru dilancarkan. Roti ini adalah keluaran syarikat usahawan Muslim yang begitu komited dalam memenuhi keperluan fardhu kifayah umat Islam di Malaysia terutama dalam pembuatan makanan.


Tuesday, April 8, 2008

Boikot kerana menghina Islam

BOIKOT-PRODUK DARI BELANDA/DUTCH

  1. Dutch Lady - Susu
  2. Ferrero Roche - Coklat
  3. Wall’s - Ais Krim
  4. Ing -Insurans
  5. Planta -Magerin
  6. Lady’s Choice -Magerin
  7. Lipton -Teh
  8. Shell -Minyak
  9. Knorr -Perisa Makanan
  10. Dove -Mandian
  11. Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
  12. Radiant -Deodoran
  13. Rexona -Deodoran
  14. Ponds -Produk Kecantikan
  15. Kieldsens -Coklat
  16. Slimfast -Produk Pelangsing
  17. Lego -Kismis
  18. Philips -Barangan Elektrik
  19. Duyvis -Makanan Ringan
  20. Gouda -Keju
  21. Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
  22. Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian
  23. Omo -Pencuci Lantai/Pakaian
  24. Labello -Lip Balm
  25. Pickwick -Teh
  26. Venz -Mentega Coklat
  27. Kinder Bueno -Coklat
  28. Unilever -Syarikat
  29. -
  30. -
  31. Sunsilk -Shampoo
  32. Fair & Lovely -Produk Kecantikan
  33. Lux -Mandian
  34. Vaseline -Lip Balm
  35. Cif -Pencuci Lantai
  36. Surf -Pencuci Kain
  37. Wishbone -Pencuci Kain
  38. Doriana - Keju Krim
  39. Bertolli -Minyak Masak
  40. Clear -Shampoo
  41. Breeze -Pencuci Kain
  42. Sun -Pencuci Kain

Produk Dumex dan Nutricia telah digugurkan dari senarai di atas kerana pihak pengurusan NUMICO DUMEX (MALAYSIA) SDN BHD telah menghubungi pengurusan tertinggi PPIM dan mengesahkan syarikat mereka telah diambil alih oleh Danone Group sejak akhir 2007 dan menggunakan nama Danone Dumex yang berasal dari Perancis.-admin PPIM-

BOIKOT-PRODUK DARI MALAYSIA


1. Filem 'Akhirat', 'Sepet', 'Gubra'


DISINI SAYA MENYERU KEPADA NGO-NGO, JABATAN AGAMA, PIHAK BERKUASA, ORANG PERSEORANGAN DAN SESIAPA-SESIAPA AGAR MELAKUKAN SESUATU YANG LEBIH DRASTIK DALAM MENYELAMATKAN WANITA-WANITA ISLAM YANG TERLIBAT DALAM PELACURAN DI MALAYSIA. INI KERANA SAYA MELIHAT SEJAK AKHIR-AKHIR KITA HEBOH NAK SELAMATKAN SUFIAH SEDANG DI NEGARA KITA SENDIRI PELACUR BERSEPAH YANG PATUT KITA SELAMATKAN







Tuesday, March 25, 2008

Apa itu 'MUTASI' atau MUTATION


Teori Darwin :
  • Kesemua makhluk hidup samaada manusia atau haiwan berasal daripada keturunan yang sama. Keturunan awal ini kemudian berubah dari satu tahap ke tahap yang lain.
  • hidup-hidupan perlu berubah secara berperingkat-peringkat melalui proses mutasi
Contoh: ikan berubah menjadi manusia melalui proses mutasi.



MUTASI
ialah proses perubahan yang berlaku ke atas sesuatu sel disebabkan perubahan yang berlaku ke atas sistem genetiknya.

Proses mutasi mengurangkan dan bukan menambah maklumat genetik.
- Dr Lee Spetner -
(University John Hopkin)

Sabda Nabi :
Manusia berasal daripada Adam dan Adam berasal daripada tanah.
(hadis diriwayat oleh Tirmizi dan Abu Daud)

Berdasarkan kenyataan di atas, ia telah memberikan kita bukti yang jelas bahawa proses mutasi menyebabkan kecacatan bukannya kemantapan. Ia sekaligus menyanggah teori Darwin (teori evolusi) yang boleh dikatakan tidak benar, tidak logik dan boleh dipertikaikan.

Sunday, March 23, 2008

SALAM PEMBUKAAN

Blog ini merupakan blog aku yang pertama. Baru sahaja dilancarkan sebentar tadi. Aku bersemangat nak adakan blog ni sebab aku tengok ramai dah mula ada blog sendiri samaada untuk meluahkan perasaan, menyampaikan berita terkini ataupun mempromosi sesuatu. Apapun aku harap korang semua menyokong blog sebagai madah untuk berkongsi maklumat.